DUNIA TATABAHASA
Tidaklah berjaya seeorang itu dalam menuntut ilmu melainkan dia berada dalam kekurangan _ Madah imam Shafie
Sabtu, 26 November 2011
Selasa, 22 November 2011
Jumaat, 18 November 2011
Peribahasa
Simpulan Bahasa
Contoh
Contoh Ayat
1. Razman jatuh hati kepada Cik Suzana kerana rupa parasnya sungguh cantik.
2. Rashid iri hati kepada Nazri yang membeli kereta baru.
3. Encik Rahim dan Puan Aisyah gembira kerana dikurniakan seorang cahaya mata yang sungguh comel.
Bidalan
Bidalan merupakan salah satu cabang dalam Bahasa Melayu. Bidalan lebih menjurus kepada kata-kata yang dilahirkan untuk membandingkan sesuatu.
Contoh Ayat
1. Anita mempunyai kebolehan memasak seperti ibunya kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
2. Mereka merasa kesal melawat tempat itu kerana keadaan di situ hanya indah khabar dari rupa.
3 Laila telah menyapa gadis itu kerana yang disangka teman lamanya tetapi rupa-rupanya pelanduk dua
serupa.
Perumpamaan
Contoh Perumpanaan
Contoh Ayat
1. Jalan ke rumah Lisa bengkang-bengkok seperti ular kena palu
2. Hatinya bagai dihiris sembilu setelah mengetahui kekasihnya keluar dengan lelaki lain.
3. Pasangan pengantin itu bagai pinang dibelah dua kerana sama cantik.
Pepatah
Contoh Pepatah
Contoh Ayat
1. Walaupun hidup mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang namun Pak Lah dan Mak
Teh tetap tabah mencari rezeki.
2. Ibu menasihati anak-anaknya supaya jangan membuat kesalahan kerana seekor kerbau membawa
lumpur, semuanya terpalit dan seluruh keluarga akan mandapat malu.
3. Perompak-perompak yang telah lama bermaharaja lela itu telah ditahan oleh pasukan polis semalam kerana
sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
Penjodoh Bilangan
Penjodoh Bilangan ialah perkataan yang menerangkan aspek bilangan benda mengikut bentuk, rupa, saiz, tempat, hal, sesuatu perkara dan manusia.
Contoh Penjodoh Bilangan
Contoh Ayat
1. Setiap pengawal bank mempunyai selaras senapang.
2. Di negara kita ada beberapa buah pulau yang terkenal seperti Pulau Tioman, Pulau Langkawi dan Pulau
Pangkor.
3. Nenek memasukkan beberapa batang serai ke dalam masakan itu.
Kata Banyak Makna
Dalam Bahasa Melayu, terdapat banyak perkataan yang mempunyai lebih daripada satu(1) makna. Makna perkataan itu berbeza mengikut kedudukan dalam sesebuah ayat.
Contoh Kata Banyak Makna
Contoh Ayat
1. Air sungai itu menjadi bertambah dalam terutama pada musim hujan.
2. Kakak terlalu suka apabila diberitahu dia dinaikkan pangkat.
3. Mak Mah mencari rumah anaknya berpandukan alamat yang tertera pada cebisan kertas.
Contoh Kata Banyak Makna
Contoh Ayat
1. Air sungai itu menjadi bertambah dalam terutama pada musim hujan.
2. Kakak terlalu suka apabila diberitahu dia dinaikkan pangkat.
3. Mak Mah mencari rumah anaknya berpandukan alamat yang tertera pada cebisan kertas.
Sinonim
Sinonim ialah perkataan yang sama erti atau makna. Makna perkataan itu sama atau hampir sama dengan perkataan asal yang diberi
Contoh
Contoh
Kata Penguat
1. Kata Penguat ialah perkataan yang terletak sebelum atau selepas kata adjektif. Tujuannya adalah untuk
menguatkan maksud kata adjektif itu.
2. Contohnya sangat, amat, sekali, agak, paling, terlalu.
Contoh Ayat
1. Ahmad ialah pelajar yang paling tinggi di kelas itu.
2. Penduduk di Kampung Permai sangat marah dengan pendatang tanpa izin yang selalu membuat bising.
3. Datin Markissa amat sayang akan anaknya yang tinggal di asrama.
menguatkan maksud kata adjektif itu.
2. Contohnya sangat, amat, sekali, agak, paling, terlalu.
Contoh Ayat
1. Ahmad ialah pelajar yang paling tinggi di kelas itu.
2. Penduduk di Kampung Permai sangat marah dengan pendatang tanpa izin yang selalu membuat bising.
3. Datin Markissa amat sayang akan anaknya yang tinggal di asrama.