Khamis, 17 November 2011

Pengandaan

Pegandaan Penuh


Kata Ganda Penuh bermakna perkataan itu diulang penuh. Terdapat tanda sempang (-) antara dua (2) perkataan yang digandakan itu.


Contohnya:


1. Gula-gula yang bermaksud banyak gula atau sejenis makanan kegeraran kanak-kanak.

2. Labi-labi yang bermaksud sejenis binatang seakan kura-kura yang habitatnya di sungai.

3. Cantik-cantik bermaksud kesemua yang dinamakan itu cantik.


Pengandaan Berentak


Pengandaan Berentak bermaksud perkataan yang diulang itu berbeza sedikit.


Contohnya:


1. Lauk-pauk bermaksud banyak jenis lauk seperti ayam, udang, sayur dan sebagainya.

2. Bertungkus-lumus bermaksud melakukan sesuatu kerja dengan bersungguh-sungguh.

3. Mundar-mandir bermaksud berjalan terhoyong-hayang tanpa arah tujuan.


Contoh Ayat


1. Anak patung yang disusun di atas rak itu cantik-cantik belaka.

2. Pemuda yang bermasalah itu mundar-mandir berjalan di kaki lima.

3. Dari jauh pokok-pokok di tepi jalan itu kelihatan menghijau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mickey Mouse - Kingdom Hearts 2