Selasa, 22 November 2011

Kisah Dan Teladan

Arnab Yang Sombong



Jangan Monyet


Gagak Yang Bijak


Singa Yang Haloba


Jumaat, 18 November 2011

Peribahasa

Simpulan Bahasa



Contoh




Contoh Ayat

1. Razman jatuh hati kepada Cik Suzana kerana rupa parasnya sungguh cantik.

2. Rashid iri hati kepada Nazri yang membeli kereta baru.

3. Encik Rahim dan Puan Aisyah gembira kerana dikurniakan seorang cahaya mata yang sungguh comel.


Bidalan

Bidalan merupakan salah satu cabang dalam Bahasa Melayu. Bidalan lebih menjurus kepada kata-kata yang dilahirkan untuk membandingkan sesuatu.


Contoh Ayat

1. Anita mempunyai kebolehan memasak seperti ibunya kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

2. Mereka merasa kesal melawat tempat itu kerana keadaan di situ hanya indah khabar dari rupa.

3 Laila telah menyapa gadis itu kerana yang disangka teman lamanya tetapi rupa-rupanya pelanduk dua 
   serupa.


Perumpamaan

Contoh Perumpanaan


Contoh Ayat

1. Jalan ke rumah Lisa bengkang-bengkok seperti ular kena palu

2. Hatinya bagai dihiris sembilu setelah mengetahui kekasihnya keluar dengan lelaki lain.

3. Pasangan pengantin itu bagai pinang dibelah dua kerana sama cantik.


Pepatah

Contoh Pepatah


Contoh Ayat

1. Walaupun hidup mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang namun Pak Lah dan Mak
    Teh tetap tabah mencari rezeki.

2. Ibu menasihati anak-anaknya supaya jangan membuat kesalahan kerana seekor kerbau membawa
    lumpur, semuanya terpalit dan seluruh keluarga akan mandapat malu.

3. Perompak-perompak yang telah lama bermaharaja lela itu telah ditahan oleh pasukan polis semalam kerana
    sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Penjodoh Bilangan

Penjodoh Bilangan ialah perkataan yang menerangkan aspek bilangan benda mengikut bentuk, rupa, saiz, tempat, hal, sesuatu perkara dan manusia.

Contoh Penjodoh Bilangan


Contoh Ayat

1. Setiap pengawal bank mempunyai selaras senapang.

2. Di negara kita ada beberapa buah pulau yang terkenal seperti Pulau Tioman, Pulau Langkawi dan Pulau 
    Pangkor.

3. Nenek memasukkan beberapa batang serai ke dalam masakan itu.



Kata Banyak Makna

Dalam Bahasa Melayu,  terdapat banyak perkataan yang mempunyai lebih daripada satu(1) makna. Makna perkataan itu berbeza mengikut kedudukan dalam sesebuah ayat.

Contoh Kata Banyak Makna




Contoh Ayat


1. Air sungai itu menjadi bertambah dalam terutama pada musim hujan.

2. Kakak terlalu suka apabila diberitahu dia dinaikkan pangkat.

3. Mak Mah mencari rumah anaknya berpandukan alamat yang tertera pada cebisan kertas.

Sinonim

Sinonim ialah perkataan yang sama erti atau makna. Makna perkataan itu sama atau hampir sama dengan perkataan asal yang diberi

Contoh



Kata Penguat

1. Kata Penguat ialah perkataan yang terletak sebelum atau selepas kata adjektif. Tujuannya adalah untuk      
    menguatkan maksud kata adjektif itu.
2. Contohnya sangat, amat, sekali, agak, paling, terlalu.

Contoh Ayat


1. Ahmad ialah pelajar yang paling tinggi di kelas itu.

2. Penduduk di Kampung Permai sangat marah dengan pendatang tanpa izin yang selalu membuat bising.

3. Datin Markissa amat sayang akan anaknya yang tinggal di asrama.

Antonim

Antonim ialah perkataan berlawanan. Makna perkataan itu berlawanan dengan perkataan yang diberi.

Contoh-contoh Kata Atonim



Ayat Aktif Dan Ayat Pasif

Contoh ayat-ayat aktif dan pasif



Cakap Ajuk


Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis dan mengubah struktur ayatnya. Semua ayat akan ditulis dengan tanda baca pembuka dan penutup kata (".........")


Contohnya


Kata Cikgu Marissa, "murid-murid, jangan bermain hujan."


Cakap Pindah


Cakap Pindah ialah percakapan seseorang yang ditulis semula tanpa mengubah isi kandungan dengan gaya bahasa struktur yang betul.

Contohnya


Cikgu Marissa melarang murid-muridnya bermain hujan.

Kata Bantu


Contoh Ayat

1. Saya telah menikmati permandangan yang indah apabila berada di puncak bukit itu petang semalam

2. Bas itu akan bertolak ke Kedah sebentar lagi.

3. Azimah sedang membaca buku cerita di ruang tamu bersama adiknya.

Khamis, 17 November 2011

Pengandaan

Pegandaan Penuh


Kata Ganda Penuh bermakna perkataan itu diulang penuh. Terdapat tanda sempang (-) antara dua (2) perkataan yang digandakan itu.


Contohnya:


1. Gula-gula yang bermaksud banyak gula atau sejenis makanan kegeraran kanak-kanak.

2. Labi-labi yang bermaksud sejenis binatang seakan kura-kura yang habitatnya di sungai.

3. Cantik-cantik bermaksud kesemua yang dinamakan itu cantik.


Pengandaan Berentak


Pengandaan Berentak bermaksud perkataan yang diulang itu berbeza sedikit.


Contohnya:


1. Lauk-pauk bermaksud banyak jenis lauk seperti ayam, udang, sayur dan sebagainya.

2. Bertungkus-lumus bermaksud melakukan sesuatu kerja dengan bersungguh-sungguh.

3. Mundar-mandir bermaksud berjalan terhoyong-hayang tanpa arah tujuan.


Contoh Ayat


1. Anak patung yang disusun di atas rak itu cantik-cantik belaka.

2. Pemuda yang bermasalah itu mundar-mandir berjalan di kaki lima.

3. Dari jauh pokok-pokok di tepi jalan itu kelihatan menghijau.

Pengimbuhan

1. Imbuhan merupakan proses menerbitkan kata dengan menambahkan imbuhan pada kata dasar.

2. Terdapat lima (5) jenis pengimbuhan iaitu :







Pengimbuhan Akhiran




Pengimbuhan Awalan



Apitan


Pengimbuhan Pinjaman Awalan


Pengimbuhan Pinjaman Akhiran


Contoh Ayat

1. Azlan merupakan mahasiswa yang menuntut di Universiti Putra Malaysia.

2. Setelah menerima rawatan, doktor memberi ubat antibiotik kepada Ruhil.

3. Memotong barisan semasa kesesakan lalu lintas adalah perbuatan yang menyalahi undang-undang.

Penanda Wacana

Penanda Wacana ialah perangkai kata. Ia digunakan antara satu ayat dengan ayat yang lain atau sesuatu ini dengan isi yang lain. Penanda wacana menjadikan ayat itu lebih baik, lengkap dan mempunyai aliran yang bagus.

Contoh-contoh Penanda Wacana
















Contoh Ayat


1. Maisarah datang dari keluarga yang miskin. Sebaliknya, Lilian pula datang dari keluarga yang berada.

2. Azlina sakit perut namun begitu, dia tidak mahu ke hospital.

3. Masukkan biji benih ke dalam lubang. Kemudian , penuhkan lubang dengan tanah.

Rabu, 16 November 2011

Kata Majmuk

Kata Majmuk dibentuk daripada dua atau lebih perkataan yang menghasilkan makna yang baru.

Kata majmuk boleh dieja secara bercantum dan terpisah.

Contoh Kata Majmuk Bercantum



Contoh Kata Majmuk Terpisah


Contoh Ayat

1. Gempa bumi di kawasan timur Indonesia dijangka akan berlaku lagi.

2. Profesor Qasih Almiya telah dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Terbuka Malaysia.

3. Jam Tangan ini adalah berjenama dan mahal harganya.

Kata Sendi Nama

Kata Sendi Nama ialah kata yang menunjukkan kedudukan sesuatu barang, bangunan dan sebagainya.

Contoh




Digunakan selepas kata sendi dan menunjukkan tempat.

Contoh


1. Pemadam itu         di                  atas     meja
                          (kata sendi)   (kata arah)

2. Widad dan Qarmila duduk di bawah sebatang pokok setelah penat bermain

3. Arissa menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah.

Kata Bilangan

Kata Bilangan digunakan untuk mengira atau menjelaskan bilangan sesuatu


Contoh Ayat

1. Beribu-ribu penonton membanjiri stadium itu untik menyaksikan perlawanan hoki.

2. Semua peserta merentas desa dikehendaki memakai nombor.

3. Ketiga-tiga anaknya berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Kata Pemeri

1. Terdapat dua(2) jenis Kata Pemeri iaitu:
     (i)  ialah
     (ii) adalah

2. Kata Pemeri ini tidak boleh hadir di bahagian frasa atau Kata Kerja

Contoh Ayat


1. Ibu saya adalah seorang jururawat di Hospital Selayang.

2. Agama rasmi negara Malaysia adalah agama Islam.

Kata Nafi

Kata Nafi merupakan perkataan yang menidakkan atau unsur nafi bagi frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.

Contoh


(i)  tidak
(ii) bukan

Contoh Ayat


1. Kakak tidak pergi ke pejabat kerana demam

2. Berita yang disampaikan itu tidak benar.

3. "Bukan saya yang menolak Yasmin," kata Maria.

Kata Penegas

Kata Penegas ialah perkataan atau pratikel yang digunakan untuk memberi penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Kata penegas yang dimaksudkan ialah kah, tah, lah, jua, pun, sahaja, hanya, memang.

Contoh Ayat


1. "Awak ni memang nakal. Selalu sahaja mengganggu saya," kata Nana.

2. Hanya murid-murid yang tidak hadir kelas tambahan sahaja dikehendaki tunggu.

3. Para jemputan khas itu belum tiba lagi.

Kata Perintah

Kata Perintah digunakan untuk membentuk ayat berbentuk



Contoh kata perintah


Contoh Ayat


1. Silalah ke rumah saya malam esok. Saya adakan jamuan kesyukuran.

2. Ramli jangan pukul anak kucing itu.

3. Tolong senyap. Peperiksaan sedang dijalankan.

Kata Tanya

Kata Tanya digunakan untuk menanyakan manusia, binatang, benda, tempat, dan bilangan


Contoh ayat 

1. Bilakah kamu akan pulang ke kampung?

2. Bagaimanakah caranya hendak ke Batang Kali?

3. Siapakah yang berani menentang kamu Azlan?

Kata Seru

Kata Seru ialah perkataan yang digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang terhadap sesuatu. Biasanya tanda seruan (!) digunakan apabila menggunakan tanda seru.


Contoh-contoh kata seru adalah



Contoh Ayat


1. "Cis, berani kamu melawan kata-kata aku!" marah ayah Vinod kepada anaknya.
2. "Syabas, kerana kamu telah berjaya memenangi pertandingan catur!" Kata Cikgu Norlela.

Kata Hubung

Kata Hubung berfungsi menghasilkan dua binaan ayat, klausa dan frasa

Contoh-contoh kata penghubung adalah seperti senarai di bawah



Kata Adjektif

Bentuk Benda


(i)   Kata sifat terbahagi kepada sifat nama dan sifat kata

(ii)  Sifat benda merangkumi rupa sebenar sesuatu benda dari segi saiz, warna, bentuk, keadaan fizikalnya

(iii) Sifat nama terbahagi pula kepada beberapa bahagian seperti sifat nama benda, suasana dan arah


Kata Kerja

Kata Kerja ialan perkataan yang menerangkan sesuatu perlakuan.

Kata kerja dapat digolongkan kepada tiga(3), iaitu:
(i)   Kata Kerja Transitif
(ii)  Kata Kerja Tak Transitif
(iii) Kata Kerja Pasif


Selasa, 15 November 2011

Kata Ganti Nama

Kata Ganti Diri



Contoh Kata Ganti Diri Pertama


Kata Ganti Tak Tentu



Kata Ganti Tempat



Kata Ganti Tunjuk


Kata Nama Am Dan Kata Nama Khas

Kata Nama Am --> Digunakan untuk menamakan orang, binatang, benda, atau tempat secara am.

Kata Nama Khas --> Ialah kata yang digunakan untuk orang, binatang, benda dan tempat secara khusus.


Contoh-contoh kata nama am dan kata nama khas adalah seperti berikut :












Contoh Kata Nama Am







Mickey Mouse - Kingdom Hearts 2