Antonim ialah perkataan berlawanan. Makna perkataan itu berlawanan dengan perkataan yang diberi.
Contoh-contoh Kata Atonim
Tidaklah berjaya seeorang itu dalam menuntut ilmu melainkan dia berada dalam kekurangan _ Madah imam Shafie
Jumaat, 18 November 2011
Ayat Aktif Dan Ayat Pasif
Contoh ayat-ayat aktif dan pasif
Cakap Ajuk
Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis dan mengubah struktur ayatnya. Semua ayat akan ditulis dengan tanda baca pembuka dan penutup kata (".........")
Contohnya
Kata Cikgu Marissa, "murid-murid, jangan bermain hujan."
Cakap Pindah
Cakap Pindah ialah percakapan seseorang yang ditulis semula tanpa mengubah isi kandungan dengan gaya bahasa struktur yang betul.
Contohnya
Cikgu Marissa melarang murid-muridnya bermain hujan.

Kata Bantu
Contoh Ayat
1. Saya telah menikmati permandangan yang indah apabila berada di puncak bukit itu petang semalam
2. Bas itu akan bertolak ke Kedah sebentar lagi.
3. Azimah sedang membaca buku cerita di ruang tamu bersama adiknya.
Khamis, 17 November 2011
Pengandaan
Pegandaan Penuh
Kata Ganda Penuh bermakna perkataan itu diulang penuh. Terdapat tanda sempang (-) antara dua (2) perkataan yang digandakan itu.
Contohnya:
1. Gula-gula yang bermaksud banyak gula atau sejenis makanan kegeraran kanak-kanak.
2. Labi-labi yang bermaksud sejenis binatang seakan kura-kura yang habitatnya di sungai.
3. Cantik-cantik bermaksud kesemua yang dinamakan itu cantik.
Pengandaan Berentak
Pengandaan Berentak bermaksud perkataan yang diulang itu berbeza sedikit.
Contohnya:
1. Lauk-pauk bermaksud banyak jenis lauk seperti ayam, udang, sayur dan sebagainya.
2. Bertungkus-lumus bermaksud melakukan sesuatu kerja dengan bersungguh-sungguh.
3. Mundar-mandir bermaksud berjalan terhoyong-hayang tanpa arah tujuan.
Contoh Ayat
1. Anak patung yang disusun di atas rak itu cantik-cantik belaka.
2. Pemuda yang bermasalah itu mundar-mandir berjalan di kaki lima.
3. Dari jauh pokok-pokok di tepi jalan itu kelihatan menghijau.

Pengimbuhan
1. Imbuhan merupakan proses menerbitkan kata dengan menambahkan imbuhan pada kata dasar.
2. Terdapat lima (5) jenis pengimbuhan iaitu :
Pengimbuhan Akhiran
Pengimbuhan Awalan
2. Terdapat lima (5) jenis pengimbuhan iaitu :
Pengimbuhan Akhiran
Pengimbuhan Awalan
Apitan
Pengimbuhan Pinjaman Awalan
Pengimbuhan Pinjaman Akhiran
Contoh Ayat
1. Azlan merupakan mahasiswa yang menuntut di Universiti Putra Malaysia.
2. Setelah menerima rawatan, doktor memberi ubat antibiotik kepada Ruhil.
3. Memotong barisan semasa kesesakan lalu lintas adalah perbuatan yang menyalahi undang-undang.
Penanda Wacana
Penanda Wacana ialah perangkai kata. Ia digunakan antara satu ayat dengan ayat yang lain atau sesuatu ini dengan isi yang lain. Penanda wacana menjadikan ayat itu lebih baik, lengkap dan mempunyai aliran yang bagus.
Contoh-contoh Penanda Wacana
Contoh Ayat
1. Maisarah datang dari keluarga yang miskin. Sebaliknya, Lilian pula datang dari keluarga yang berada.
2. Azlina sakit perut namun begitu, dia tidak mahu ke hospital.
3. Masukkan biji benih ke dalam lubang. Kemudian , penuhkan lubang dengan tanah.

Rabu, 16 November 2011
Kata Majmuk
Kata Majmuk dibentuk daripada dua atau lebih perkataan yang menghasilkan makna yang baru.
Kata majmuk boleh dieja secara bercantum dan terpisah.
Contoh Kata Majmuk Bercantum
Contoh Kata Majmuk Terpisah
Contoh Ayat
1. Gempa bumi di kawasan timur Indonesia dijangka akan berlaku lagi.
2. Profesor Qasih Almiya telah dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Terbuka Malaysia.
3. Jam Tangan ini adalah berjenama dan mahal harganya.